Wednesday, July 29, 2009

RESUME KAT DC++ NICK KUIKUI..

NIH LG SATU AKU X PAHAM NGAN DAK UTP NEH..
SUME DAK FINAL SEM WAJIB G CAREER TALK ABG IDHAM LAST WEEK..
N MASER TUH TERANG2 DIER CKP CTH RESUME ADER KAT DC++ NICK "KUIKUI"..
PAS2 ADER LA 2-3 ORG YG DUK TANYE KAT AKU..
HAIH..SEB BAIK LA YG MINTAK TUH KWAN AKU..
KALAU X DA KENE MAKI DA..

SENYAP BLEH???

KAWAN2..
KAT MALAYSIA NIH SLALU ORG TDO KUL BAPER???
10-11 MALAM KAN???
SO KALAU KUL 12 TGH MALAM TUH KOMFIRM LA RAMAI YG TGH LENA DIULIT MIMPI KAN???

SO SHUT UP AND TALK TO THE BUTT!!

ORG NK TDO KO DUK MEMEKAK WAT PER...
CAM BABI TOL..
JGN SAMPAI AKU MEMEKAK KAT TELINGA KORANG WAKTU KORANG TDO NANTI!!


tasuke..


things that happening right now...
aku tasuke..
n im sure..
this will happen always..

Wednesday, July 15, 2009

ape salah aku??

when we had a crush on sambadi..
kalau x dapat pon..u will be very happy to be friend with him..
am i right...?

but in my case..once he knows i have feeling for him..
dier trus ignore aku..siap block kat gtalk..
ape kes??
i just wanna be friend at least..
ape dose aku??

pesal lelaki bodow yg perasan nk mampos wujud lam duina ni..
ko igt ko sorang je ke lelaki hensem kat dunia ni??

HUKUM KARMA..
arini aku kene..
esok luse ko kene balik..
baru ko tau langit tinggi rendah..

1 MALAYSIA..


1 Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak..


"1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar Kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Makanya, 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang menjadi pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 tercapai, jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Jika "Bangsa Malaysia" yang diilhamkan melalui Wawasan 2020 adalah matlamat akhir perjalanan ini, maka 1Malaysia adalah penunjuk haluan kearah matlamat itu.Pengertian ini adalah bertunjangkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju dalam jangkamasa yang telah ditetapkan, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.


Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Ia juga sangat berbeza dari konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang. 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh perlembagaan persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat. Malahan gagasan 1Malaysia kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu ketika yang lalu.


Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap "Penerimaan" di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.


Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.


1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.


Formula 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama. Aspek pertama ialah penerapan Teras-Teras Perpaduan manakala aspek kedua ialah penerapan Nilai-Nilai Aspirasi.


Teras-teras perpaduan adalah tiga perkara yang telah saya huraikan sebentar tadi iaitu pertama, sikap "penerimaan" antara semua kaum dan rakyat Malaysia; kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun negara; dan ketiga adalah keadilan sosial. Teras-teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni yang perlu menjadi sebahagian dari budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai seperti hormat menghormati, Tawaddhu', kesederhanaan dalam tingkah laku dan tuturkata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan."
-petikan dr www.1malaysia.com.my-


berikut adalah few photo captions dr blog seorang teman:
"Ucapan perasmian yang membosankan..1 Malaysiala kunun.."
"
Persembahan nasyid yang menghiburkan..tapi de gak nak selit2 ayat 1 Malaysia tuh..benci i..huh.."



ape point yg aku nk sampaikan kat cni???
x kesah la kamu dalah pembangkang ataupon tidak..tp ape lah salahnyer kalau bersatu padu untuk kebaikan semua???
PM came out with something great pon tanak sokong..
kalau bukan rakyat Malaysia yg sokong..nk suh PATI sokong??

if we failed to be a good follower..jgn harap la nk lead negara..
everybody make mistake..sometimes the government did mistakes n so do the opponents..

but for this great idea..why not support???
the main thing to stay in peace is intergration..
nk ker jd mcm negara lain yg duk gaduh2 antara satu sama lain???
kalau x bersatu padu mcm mane nk bgnkan negara???

"1 Malaysia kunun"<--- aper korang bkn rakyat Malaysia ker???kalau bukan sile la bla dr negare ni dan pergi la duk negara lain yg maybe akan accept korang..(zimbabwe maybe??)

paperpon..aku sapot 1Malaysia...tanah air kot~~

Tuesday, July 14, 2009

bkn aku tanak jogging....

td first time aku "jln" g sport complex...
supposedly "jogging"..
tp x larat dowh..
da stahun lebey aku x jogging..
huhu..tade stamina..
lgpon aku dr dulu bab lari2 ni mmg x larat..
sempot..
x ckp nafas..huhu..

tpkan..bkn aku tanak jogging..
tp aku ni cam femes gak..(ouh sungguh bajet diri ini)..
asal joging tepi jalan jer ader jer keter yg horn2...
membe2..staff..pak gad laa...
segan dowh..
walaupon aku jogging dok tunduk2 pandang bawah..derang pasan gak tuh aku..
dr blakang pon derang pasan gak aku..
haih..
pelik2..
cane derang bleh tau itu aku walaupon hanye dgn melihat aku dr blakang??

ke lpas ni nk try joging tgh jln baru org x horn???

mari bahagiekan..

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1.
Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2.
Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.
Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).


4.
Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5.
Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6.
Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7.
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.
Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9.
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Monday, July 13, 2009

A.K.U

AKU...dulu mase kecik2 sampai la skola rendah..
mak aku cukup marah kalau aku gune perkataan "aku" dgn family n kwan2 aku..
mak aku kater x elok ckp "aku"..
mcm kurang ajar sket laa..kurang sopan..
so aku pon gune la "kite" bile ckp ngan kwn2 n siblings..
tp lame2 biler da besar biler sume kwn2 dok ckp "aku"..aku pon taleh control dah..
start darjah bape ntah aku start ckp "aku"..

kalau pikir2 balik mmg cm kurang manis gune aku nih..
lg2 kalau gune pada org yg slah..cth org yg lg tue atau yg lg tinggi pangkat..
aku jumpe ramai chinese/indian yg not very good in BM gune "aku" pada sume org..
no offense..bkn nk burukkan sape2 k..
sbb to them "aku"=I
so they will use "aku" with everyone..
am i right??
but aku raser sume org bleh accpet sbb they x tau what should the use kan??like i said before..they are not very good in bm..
BUT..kalau student UTP pon tatau nk gune aper..tuh aku x bleh terime..
td kat klinik ader sorang pompuan cine nih say dgn akak klinik tuh "aku nk amik ubat"
to me tuh sgt x proper sbb i believe dak utp sume pass BM kan???

so to those who didnt know..use "saya" instead of aku biler dgn org yg lg tue or lebih atas dr kiter..ok??

i hate FLU..

aku benci FLU..
sbb FLU sume jd x kene..
deria rase sume fail..
rase nk mkn mcm2..tp bile beli sume rase x best..
running nose..
duh..bile la FLU ni nk FLEW dr aku??

Saturday, July 11, 2009

kaya vs miskin

kaya:
"ayah..keter langgar pokok..cmne ni???"
"bwk je g bengkel..nnti ayah bayar"

miskin:
"ayah keter eksiden..cmne ni??"
"laaa..teruk ker??kalau x mahal ayah bayar..kalau mahal sgt..nnti claim insuran"

kaya:
"huiyoo..ps3 da kuar..minggu depan nk angkat la satu"

miskin:
"aiseh..duit x cukup lg la nk beli PS1,bln depan cukup kot..saving2"

kaya:
"dik ko nk phone abg ni x??bosan la pakai yg ni..nk crik lain"

miskin:
ader jer yg still gune tige tige seploh...

kaye:
"murah je weyh sluar ni...80 jer"

miskin:
"80 murah???50 pon aku kater mahal daaa"

kaya:
raser nk beli ape jer trus beli...

miskin:
nk beli samting yg mahal/brended sket..kene simpan duit lu baru rase..

kaya:
aritu jumpe pakai swift..then bmw..skang da bwk ferrari jer..

miskin:
dari dulu sampai skang..proton saga jer..


kaya:
"kiter lunch kat secret recipe laaa"

miskin:
"secret recipe??gulp...pokai aku"


ni la bezenye people with lots of money n people with little money..yess kiter mesti bersyukur dgn ape yg kiter ader..tp yg ber"uwang" should control sket kot..dont show off sgt yg u can get everything especially depan derang yg x mampu ni..x elok gak..kan lebih baik kiter bersederhana...n yg x mampu jgn la nk berlagak mcm org berkemampuan sampai papa kedana..

n aku bersyukur lahir dalam family yg x kaye...n x miskin..senang kater..cukup mkn(ke lebey??)..cukup pakai..cukup didkan agama..cukup kasih sayang..1 jer yg aku x cukup..x cukup oksigen..hehe..

matrix card = bank card...

why??

biler kiter hilang bank card..kiter akan cpt kol bank n report so that tade la org akan cube nk curik duit kiter yg x seberape byk tuh but so meaningful..nk mkn kot~~


biler matrix card kiter ilang..kiter kene cepat2 wat ripot kat pak guard n wat kad matrik baru CEPAT2...

KENAPER???

derang x bleh curik duit kiter sbb kat matrik tabuley wat kuar duit kat atm...
tp derang bleh g irc n tibai buku byk2 atas name kiter...
n nnti bile kiter nk pinjam buku tbe2 je abg tuh kater: " adik x bleh pinjam sbb ader denda"
kiter:"denda ape bang??"saye x penah pinjam buku pon"..



huhu...
sian kan ???menanggung samting yg bkn salah kiter..
kalau buku tuh harge 1.20 tape la kiter bleh byar ngan skoler 500 sebulan tuh...
kalau 120???1200??
tuh satu buku...kalau 2 buku?????

nota penumbuk:sape yg pernah menganiaya org cani...mmg kejam dan keji..

hope...

too many things happen this year...
i mean bad things...
fraud..accident..badly sick..summon..
huh..
yeah..things happen for reason..
n i do learn the lessons..
really2 hope things will be fine after this..

omsick..

sebulan cuti sem..
aku duk umah..
cuti sem paling panjang aku penah rase..
duk umah depan tv...
mkn.. tdo..
gado2 ngan mama,ayah n adik..
n now..
baru 5 ari kat utp...
missing them already..
mama especially...
b4 start klas nk balik la...
haih..
really need them now..

Thursday, July 9, 2009

cik asma...

Hai..
lame x updet..cuti 1 bln tade internet kt umah n malas nk g cc..

so aku raser ramai yg tau kisah aku dan cik asma..but not the details right???
so meh aku story sikit..

It was sunday...me n familly went to a wedding..dekat jer..n i think it was too hot that day..then my nose start running..damn..i hate flu..coz it is so disturbing and uncomfartable..baru je igt nk usha abg2 kat wedding tuh..haih..

on that monday..the flu gone..but i dont feel really well but not sure what is wrong..nothing much on that day..just watching tv all day..(ni la keje aku sepanjang cuti)

tuesday morning mr cough came by to say Hai...but it is not too bad..but the throat is..i feel like wanna get my hand in my mouth and scratch...ouh yea..i took the medicine on that day..
on that nite..mr cough getting worst..i cant sleep at all on that nite..looking at the clock..im thinking whether to wake up my parents to send me to hospital or not..but pity them..they were tired working all day long..x sampai ati dowh..i started to breathe slowly..rase mcm ader sepuluh bijik batu bata atas dada...1...2...3...4...5..6a.m..i decide to wait for my parents to wake up at 6 and ask my father to send me to the emergency before he go to school..i plan to go alone but dad ask my mum to go with me coz i did not look so good that time..
n dgn x mandinye(aku gosok gg ngan salin baju jer)..we went to hospital...

sampai je hospital..trus rase nk muntah..demit tol..kat umah td tanak muntah..da la tade plastik..luckily mum bring a towel..n the worst thing is..when it is a so bad attack..dgn kencing2 skali keluar atas kusi tuh..sori la sape yg duk kat kusi tuh nnti..huhu..

then 1st nebulizer(name ubat tuk cik asma)..wait for half n hour..utk tgk respon ubat tuh..n still no different..i wait for the doc..ader 1 nenek sakit jantung dtg td..not a bad heart attack pon..sakit dada sikit2 jer..and i think bout 10 doc sume g sane..what the fuck???x bleh ke sorang duduk yellow zone tuh???(yellow tuk patient yg need rawatan segere n red zone yg sgt2 teruk)..lame gak aku tgu mcm nk mati..when i ask the nurse..bleh dier ckp "tgu jap eh"..kepale otak kau..da mati nnti baru nk dtg..then aku duk balik kat kusi tuh and ask the young nurse for 2nd nebulizer..n still nothing change..n still no doc..lame gak aku tgu..biler dr dtg aku ckp..dada ketat,susah nafas n x larat sgt..so she shot me..with hydrocort(cmni kot eje name dier..tataula)..n 3rd nebulizer..but still nothing change..i called the dr telling her it still hard to breathe..tau ape dr tuh jwb??"ni je la ubat asma..mner ader lain lg"..bangang nyer dr..i know they can do more..there must be samting they can do..then they are sending me to the ward..n dier suh aku jalan dr kusi tuh ke katil..Ya Allah..kenape la wujud manusia bangang kat muke bumi nih..aku ni da la susah nk nafas..which mean less oksigen lam badan..which mean aku sgt2 weak and x blehh move byk2..lg byk aku move,byk oksigen needen so aku kene bernafas lg banyak..BANGANG SUNGGUH MEREKE ITU!!...

naik je katil aku raser mcm da nk separuh mampos..nurse2 tuh duk cocok2 aku ngan apetah..aku da x larat..menyerah jer..then they send me to red zone..mase kat sini aku da taleh ckp full sentence..sepatah2 jer..raser mcm penat sgt..n this time bkn batu bate lg..dah mcm ader biggest loser yg besar atas dada aku nih..da la x tdo mlm td..aku da start rase ngantuk..kat cni dr cucuk lg..sekejap tuh aku raser better sikit..da bleh ckp full sentence..lame gak kat red zone tuh sbb dier nk monitor oksigen level aku..maser tuh 80 jer..spatutnye above 90..

then dier anta g ward..sampai kat ward tuh its getting bad again..again sepatah jer yg keluar..kalau blh bg sign language akuu gune tgn je jwb..huhu..x larat sgt..lapa..dr semlm x mkn..doc x bg mkn..sbb takut aku pengsan susah nk masuk tiub..aku raser maser tuh ader la 5-6 doc yg duk depan aku..sume nk cek dada aku..aku da la x larat nk gerak2..dier suh pusing2la..dr pakar pon datang..duk pasang wire2 kat dada..oksigen aku betukar2..mule2 mask yg bese tuh..pastuh yg hi flow..then dier pasang "bypack"..tatau la cane eja..but it sound like that..ader mesin kat sebelah yg pump oksigen..kuat la flow dier..kurang sket tenaga aku tuk tarik nafas..aku dgr doc ckp lung infection..aku x brape nk fokus sbb x larat sgt..then aku dgr dier kater nk anta CCU(Cardio Care Unit)..dr awal lg aku da agak da sbb this is the worst attack..then they called my parents..explain pasal condition aku..pas2 ader nurse datg (mak Fara,klasmate aku) kater nk pasang tiub kencing..damn!!ilang la kesucian aku..n maser pasang tuh ader la 2 nurse prektikel duk tgk..dlm ati aku..siot la minah ni..aku pon x penah "tengok" lg dier da tgk..seb bek aku tgh sakit..huhu..

dlm CCU..mama taleh jage..tgu kat luar..so mum n sleep outside..waiting for me..and for sure they were worried..n still kat CCU taleh tdo gak..tp nurse katt c2 mmg tip top laaa..mmg rapi!!baek lak tuh..sume taleh wat sendiri..nk minum pon kene mintak dier..n kat c2 im getting better..thursday mornin..nurse tuh mandi kan aku..as in mandi satu badan atas katil..n chane the pampers too..forgot to tell i wear pampers..huhu...yeah..they see everything mase mandi aku..dulu mase aku kat CCU time form 2 dier tanye nk mak mandikan or derang..n of course la aku mintak mak..but this time they did everything..n ptg tuh i went to the normal ward..no more "bypack" just the normal oksigen...no more wires..no more tiub kencing..but still with the pampers sbb x larat nk jln lg..=)
saturday..aku discharged..tp still kurang selere mkn n lemah2..

syukur alhamdulillah im still alive..
thanks to my parents yg da susah2 jage aku..sian derang..
thanks to doctors kat ward 6B HTJ yg berusaha sembuhkan aku..
n to the nurses too..
thanks to those who pray 4 me..
to those who called/sms my dad asking on me..
thanks to those who visit aku kt hosp..
ouh thanks gak kat makcik2 sebelah katil yg concern dgn keadaan aku..
makcik guard yg x jemu2 jenguk aku maser kat CCU sbb mak aku x bleh masukkan..so dier tlg rogerkan ke mak aku la condition aku..

by the tiime doc ckp nk anta aku g CCU aku gigil2 taip msg n send to some frens...
im too afraid that will be the last msg from me..

n now aku da fully recover..but cik asma is still there..she can come n say hi anytime if aku x jage kesihatan..
n i will take a good care of myy self..


*ouh..btw ben..aku raser kwn ko yg pasang "bypack" kat aku tuh..sbb dr melayu yg rawat aku 2 jer..n yg lg 1 tuh tue sikit..say thanks to her...